"indahnya alam fantasi, berpijaklah di alam realiti"
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 14, 2011

untukmu yang tersayang. .

Assalamu'alaikum..
em, alhamdulillah..saya dapat update blog hari ni..
baru terbuka hati mau update blog kelmarin tapi nda dapat la pula..
"blogger is currently unavailable"
so, bila try sign-in tadi, alhamdulillah, dapat sda..
:)
Alhamdulillah sekali lagi sebab saya sempat siapkan entri sebelum ni..
paling nda sangka, it is the most popular entries dalam blog saya ni..
unbelieved~

for your information, saudara-saudari sekalian,, 
entri tu sekadar memenuhi janji yang telah dibuat..
sebagai balasan buat entri yang sebelumnya..
dan saya, sebagai manusia yang tidak sempurna,
sentiasa menerima ketentuan dari Allah dengan hati yang terbuka . . :))

em, sempena hari ibu, 08 Mei lalu,,
saya mau ucap "selamat hari ibu" buat kaum hawa yang bergelar ibu..
especially buat mama ya..!
saaaayang mama!
bukan time hari ibu ja . . hari-hari pun sayang mama jugak!
:D
Happy Mother's Day..
*sila klik ok*

30 April..,
happy birthday to my beloved mom..

khas buat mama, 
sannah helwah ya ummi..
semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dan semoga hidup mama sentiasa dilindungi dan diberkati Allah..
saya mohon ampun dan maaf andai diri ini selalu menyakiti hati mama..
minta dihalalkan segala-galanya yang mama telah beri..
dan syukran kerana telah melahirkan, membesarkan dan telah mendidik anak2 mama yang banyak sangat kerenahnya ni..

syukran lak ya umm.. :)

Wednesday, April 27, 2011

Love Letter buat kaum hawa~

Assalamu'alaikum..

kehadapan my future wife(s),

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

CREDITs TO WRITER

p/s : saya copy paste jak ni..siapa yang buat 'love letter' ni, akan saya rahsiakan..so, jangan tanya2 ok?!
buat kaum hawa sekalian, best tu memang best..funny..interesting..tapi, u all ambik la apa yang baik dari apa yang 'dia' cakap ni..sangat berguna untuk masa depan..[ceh..memandai jak saya ni..hee~]

Sunday, April 3, 2011

Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

p/s : copy paste dari fb jugak..sama2 kita muhasab diri..:)

Saya Mahukan Wanita Solehah!

*sila klik untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas*

“Saya mahukan wanita Solehah, ibu. Saya harap ibu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” kata saya kepada ibu satu ketika.

Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan.
Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Kadi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah kata ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua.
Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika.
“Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut.

Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati.
"Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja.
Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kui..kui..,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam.

Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan.
Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi saya mahukan calon Isteri yang SOLEHAH..

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah.
“Enta ni Dzul. Enta nak orang Solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang Solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya..

Jadi, persoalannya di sini.. Jika kita inginkan calon yang SOLEH/SOLEHAH maka kita juga hendaklah berusaha mendidik diri kita dahulu supaya menjadi SOLEH/SOLEHAH..
Kemudian kita serahkanlah jodoh kita kepada ALLAH.. Insya Allah jika kita dah SOLEH/SOLEHAH kita juga akan mendapat calon yang SOLEH/SOLEHAH seperti janji Allah "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." Amin...

sumber: dzulkhairi.blogspot.com

Dialog antara manusia, malaikat dan syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila.. (kalau sempat la..)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hei anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Moralnya dalam kehidupan seharian kita tak lepas dari godaan syaitan..maka sebagai manusia yang Allah beri kelebihan dalam berakal..fikirkanlah yang terbaik buat diri mu sekalian.. Wallahualam..

p/s : copy paste dari kak Fatin Adila melalui fb jugak..
^_^

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!

*sila klik untuk zoom*

* Saya dapatkan artikel ini daripada La Tahzan. Jadi saya meminta kebenarannya untuk dipostkan di sini sebagai nota saya sendiri. *

Assalaamualaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary.

Wanita Solehah Bidadari Syurga

Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikirmengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahm dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

” … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

.......Wahai muslimah,
Marilah sama2..kita berjalan meniti jambatan hidup yang membawa ke SyurgaNya..^_^
Mujahadah..itu INDAH..

~WANITA SOLEHAH KETUA BIDADARI SYURGA~

InsyaAllah...

p/s : artikel ni saya copy paste dari facebook..
ya,saya mau jadi wanita solehah..
saya mau mendapatkan cinta dari Allah..
saya mau masuk syurga yang Allah sudah sediakan dari awal..

semua tu nikmat..masyaallah..
sama2 kita usaha untuk jadi wanita solehah..
kawan2,mau tak?
jom! :)

Wednesday, March 30, 2011

Both of You..

assalamu'alaikum..:)

aku ada story ni..
khas buat dua org cousins aku..
aku dah janji mau buat entri khas buat dorang dua..
tapi baru sekarang ada kesempatan mau buat..hehe

sorry to both of you yaaa...^^

dua orang cousin aku ni, namanya Adibah dan Hanani..

dua2 rapat dengan aku..

dorang dua jugak slalu tidur di rumah aku..espcially time cuti..

Best!^^

di mana ada dorg, di situ la jugak ada aku..haha
owh ya..dorang BUKAN KEMBAR ya...! ;)

Full name, Adibah binti Yusof..
kami panggil dia,dibah..kadang2,aku panggil dia 'bah' seja..hehe

dia sekolah di SMKA Limauan..tahun ni dia form 2..4 may 2011,baru la umur dia 14 tahun..
still muda lagi..
oo,jangan cuba2 ya..anak ustaz ni..
kalau berkenan, jumpa terus mama abah dia..hihi

nama penuh dia, Hanani binti Bahri..anak ucu aku ni!!haha
kami panggil dia nani ja...macam biasa,aku kadang2 just panggil 'ni' seja..hehe
dia sekolah di SKPK..bukan SK pengalat Kecil, tapi di SK Pekan Kimanis yaa..
dia darjah 6 sekarang..satu umur dengan adik lelaki aku..
hah..15 Julai 2011 umur dia 12 tahun..
dia ni qari'ah MTQ kebangsaan ni..hebat kan??
kalau mau minta rakam ayat yang bertarannum,ble dia bilang..tapi RM100 ke atas mesti sudah sedia ada..kalau nda,REJECT!!!
nda ba..main2 ja..rekaan semata-mata..haha

jangan kau..

sorang anak ustaz, sorang lagi anak cigu sej+geo ni..
tapi,dua2 qari'ah..hebat kan??^.^

kami selalu berempat..apa2 pun,memang berempat..
tapi,antara kami 4 orang ni, dibah la yang jarang ada..

terasing kan..haha
nda ba..sebab dia jarang pi sini dan tinggal jauh dari kami la dia jarang ada..
lagipun,dia kan tinggal di hostel..laaagi la susah mau jumpa dia..-.-'

aku, dibah, nani, adik..
owh,lupa!
adik aku lagi..!
tapi,memandangkan entri ni khas buat dorg berdua,so adik aku ni aku bagi crita dalam entri lain la ar..
;)

even dorang lebih muda dari aku,*ceh*
tapi,kami nampak macam sama ja..
yala..crita kami masuk dalam kategori yang sama..hehe
lepas tu,kalau kau tengok kami 3 jalan sama2, confirm kau ingat kami sama umur semua..
yeah,bonus untuk aku..
sebab, umur semakin muda..haha
act,kami tiga sama tinggi jak ba..ntah2,dorang dua lagi tinggi dari aku kali kan..
akan datang,memang la..konpom sda dorg akan lebih tinggi dari aku tu..haha

hah..mau tau ka?
aku slalu berchat atau bersms dengan dorang ni..
tapi,aku selalu jugak la nda faham apa yang dorang tulis tu..
lain ba shortform dorang..
biasa la kan,budak2 sekarang..memang berstyle la semuanya..sampai sms pun berstyle jugak..
tapi, tu jugak la yang bikin aku tekanan bila baca sms dorang..
contohnya begini,leLakI dan iaItu..
I tu huruf besar kan..kalau dalam sms,mcm huruf L la pla..
contohnya lagi,syak dengan wa..
rupa2nya, syak = ja/sahaja dan wa = ba/bah/bha
aduii na..nda suka!>.< sebab aku selalu salah baca dorang punya sms tu..=.='
sometimes,memang memalukan aku la jugak bila aku sda tersalah baca tu..
yala..lain yang ditanya,lain yang dijawab...hehe
ow,bukan dorang sahaja..
ada lagi beberapa orang yang lain..majoriti macam tu..=.='

ok..buat nani dan dibah,
pilih la mana2 yang kamu mau ar..
ada dua orang tu kan..
jadi,ambil la sorang satu kamu..haha

p/s : aku sengaja letak gambar ni dan suruh dorang pilih..sebab dorang dua paaaling nda suka gambar ni..hehe

apa2 pun,tunggu la crita aku akan datang ya..hehe

THANKS FOR READING...^_^

Wednesday, March 16, 2011

Happy Birthday, Harith Aisy Awzaie..

Assalamu'alaikum..

kmu tau ka kmrin hari apa??

ya..mmg pn hari rabu, 16 mac 2011..
tp klu mau tau, 16 mac ni hari yg spesel btul bt kmi..
sbb..hari tu betday anak buah aku..
satu2nya anak buah yang paling aku syg..(stkat ni la..haha)

mcm anak korea kn?? hihi

anak angah aku..
nama dia Harith Aisy Awzaie
ucu aku n ada brpa org maci aku pggl dia Harith..
tp majoriti pggl dia Aisy..tau ka pa mksd Aisy?

Aisy = kekayaan/yang hidup(klu x silap)..

mal = harta
klu gabung mal dan aisy,
maka, akn bw mksd harta kekayaan..

cantik nda?? ;)
MAL AISY..(jangan sesekali ltak huruf A d blkg tu ar!)
*mal tu nma gelaran aku msa kat hostel ya.. :)*

ok2..melarat sda crita aku tu..
klu ikut kalendar org putih, kmarin umur Aisy setahun sda..
kami ada jgk celebrate smlm..
tp kmi2 jak..
rezeki palong ngan malong la sbb dtg p rmh kmi msa 2..hehe
sayang..sbb aku x ambk gmbr dia potong kek td..
aku baru mndi ba tym 2..lps 2,hp pla aku charged tym 2..
so,melepas la nmpknya..
xpa..tggu thun dpn la ar.. ;)

umur dia baru 2 hari msa ni.. hehe

Aisy da pndai makan, minum, merangkak, naik tangga,
dan skg ni baru mau pndai b'jln dan b'ckp..
bla 1st tym dia pndai bt sesuatu tu,
kami mmg excited gila..
happy ba bla tau dia pndai bt ssuatu tu sda..
merangkak, b'jln, b'ckp, n bla bla bla..
tp mau tau la..
bla da pndai sda,pnya main susah mau jaga dia..
contohnya, bla dia da pndai merangkak..
jalan sana jalan sini..
brni sda dia mau turun naik tangga..
so, dia ni nda la ble d biarkn sda..
sbb klu dia naik tangga then tba2 dia t'jatuh,
sapa mau tanggung?
mati kami oleh ibu sma abi dia..haha

Aisy ni cute btul ba..
bikin geram ni..
mcm kan d cubit2 jak dia 2..
sda la brisi, bulat lg 2..
bilang adik bungsu aku kan,

"branak la sendiri kalau ko gerigitan ba.."
hah..klu mau tau,
adik aku yg bungsu ni bru drjah 2..
umur dia bru msuk 8 thun tym krisms nnt..
eh..lari dr topik sda tau..huh!

ok2..point aku kat sni ni kan,,
cantik, cute, hensem, kacak, n so on..,
suma tu dari Allah sbnarnya..
kmu pun tau ba kan??
Aisy cute pun sbb Allah yg bagi kan..
bkn Aisy jak ba..
suma anak2 pn cantik n cute2 ba..
tapi,tgk mata yg memandang la..
the reason is because ciptaan Allah tu smuanya cntik2 dan indah2..
kan, kan, kan??? :D

21.08.2010..

prnh dulu kan,,,
angah p gunting rmbut depan Aisy..
sbb pnjg sda kn..
tba2, t'sumpak pla dia gunting tu..
trus rmbut Aisy yg sumpak tu nda mau tumbuh sda..haha

t'pksa bawa p salon, gunting balik rmbut Aisy..
ni la hasil rmbut Aisy lps kna gunting tu..
:)

botak kan??hehe

Macam aku cakap tadi,
Aisy ni cute betul ba..
macam perempuan pun ada..
npa?nda pcya ka?
betul..aku nda tipu..
bilang org indon,SUWER! (swear)
ok..klu kamu nda pcya jgk,ni hah gambar dia..

hah..macam perempuan kan??CUTE..that's the point, ok?!

ok la..nda ble puji lebih2..
kembang kempis ibu dgn abi dia nnt..

haha

bak kata org,
inilah racun, inilah juga penawar..
hehe
last..! Aisy ni ramai org sayang sma dia..
t'masuklah paci gumuk..

:)
;)

Tuesday, March 15, 2011

Tanda-tanda Kematian

Assalamu'alaikum..

hari ni sama2 kita muhasabah diri ya..
hal antum musta'idun?? :)

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut
. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

ni information yang aku dapat,
hasil dari carian di google aku tau..!
hehe
ni aku copy paste dr kasawari
so, untuk maklumat lbh lanjut,
sila klik di sini..
kalau nda pun, cari la kat yahoo ka..
google ka..
banyak lagi kamu dapat dari ni tu..
k..

THANKS FOR READING... ^_^

Tuesday, March 8, 2011

pasrah

Assalamu'alaikum..

lama aku nda post apa2 kan..

hari tu aku mau post pasal family aku..tp nda jadi..
Jangan tanya kenapa!
itu hari tu kan..hari2 seterusnya??
huhuhu
terasa berat utk aku bagitau kmu ni..

honestly,aku sedang b'dukacita sekarang ni..
paci aku meninggal hari jumaat tu..
kira2 jam 2 pagi gitu..

sedih yang t'amat sangat..
aku terasa kehilangan..

kehilangan yang memang sda lama aku nda rsakan dalam keluarga kami..

aku?

bukan aku sorang ja..
kami semua rasa macam tu..

:'(

ya..
jujur aku katakan yang aku masih belum dapat terima hakikat ni sepenuhnya..

aku tau yang aku kena redha dengan dugaan yg Allah bagi..
cuma, aku perlu waktu untuk terima sepenuhnya..

sebab aku ni bukanlah tabah macam yg org sangka..

aku nda kuat untuk terima semua ni dengan waktu yg singkat..
aku insan lemah yg masih b'gantung harap dgn org lain..
bantu aku cari closurenya,ya allah..

news ni btul2 mengundang 1001 duka buat kami,,

keluarga, teman2, rakan sekerja, ex-student, n yg mngenali beliau..

hairan napa aku guna word 'beliau'..?

aku tau aku nda sepatutnya panggil macam tu..

tapi aku lagi nda sanggup dan masih belum sedia mau tukar pi panggilan 'arwah' atau 'allahyarham'..

aku betul2 nda sanggup..

ya..macam aku cakap tadi,

aku masih belum dapat terima hakikat ni sepenuhnya..:'(

kepada saudara2 semuslim,

bantu kami, keluarga kepada En. Mohd. Talip b. Ag. Damit,

untuk sedekahkan al-fatihah kepada beliau..
kalau dapat sedekahkan pahala baca surah yasin,lagi baik..

sama2 kita semua doakan yang t'baik buat beliau di 'sana'..

juga doa buat sesama kita..

sebab kita pun akan menuju ke 'sana' jugak kn..

=.='

THANKS FOR READING...