"indahnya alam fantasi, berpijaklah di alam realiti"
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 19, 2012

:: sunnah atau sekadar alasan?? ::

Akhowat 1  : ustazah, saya nak tanya. . hari tu saya ajak kawan untuk pergi ke musolla sama-sama, solat berjemaah kat sana . . tapi kawan saya tu kata, dia solat kat bilik je . . kan sunnah lelaki solat di surau/masjid, dan perempuan pula tempatnya di rumah . saya keliru . . sebab kalau kat tempat kami, kan asing-asing . . lelaki lain, perempuan lain . . tak campur. . jadi, tetap jadi sunnah ke kalau macam keadaan kami kat sini ni . .?

Ustazah      : em, dia solat kat bilik tu, secara berjemaah ke atau sorang² ?

Akhowat 1 : errr . .

Ustazah      : haa . . macam ni . . memang betul lelaki sunnat solat fardhu di surau/masjid, manakala perempuan di rumah sahaja . . tapi tengok jugak . . kalau zaman nabi dahulu, akhowat mereka bukan solat macam tu je . . mereka walaupun tak solat di masjid, tapi mereka berperanan memeriahkan rumah tu . . di mana pada ketika telah masuk waktu solat, mereka akan saling berpesan-pesan, tunggu-menunggu untuk menunaikan solat berjemaah . . mereka berzikir, solat sunnat dan sebagainya . . jadi, kita nampak lah kan bagaimana mereka menjadikan rumah mereka serta penghuni²nya dalam keadaan yang diredhai . . mereka menghidupkan sunnah tersebut . . jadi, kalau kawan yang tadi tu macammana pula kamu tengok? Adakah betul-betul mengikut sunnah atau hanya menjadikan ‘sunnah’ tersebut sebagai satu alasan?

Ini adalah salah satu soalan yang dikemukakan masa usrah dulu . . Fuhhh . . terkena sebijik! Sebab saya pun dulu macam tu jugak. . pernah menggunakan ‘sunnah’ tu sebagai alasan untuk solat di dalam bilik . . padahal sebenarnya kaki ni malas mau melangkah jauh . . ouh, sekarang tidak . . ada sedikit insaf sudah . . J

Kalau dulu, masa zaman sekolah, macam terbalik pula . . saya selalu jak pegi surau tu . . menghidupkan surau lahh kunun. . dengan suara lantang yang pi sound² orang bising *padahal sendiri pun kadang-kadang tu nda tercontrol suara*, dengan tugasnya mencatat kehadiran, tick nama-nama yang nda hadir, then men-denda lagi . . fuhh . . memang best *padahal berat tuuu*

Oke . . yang terbaliknya sini sebab saya agak rajin pegi surau, tapi malas pegi dewan makan . . especially masa makan petang dan minum malam . . satu; sebab saya malas mau jalan jauh . . padahal teda la jauh sangat pun . . kedua; bila ditanya, alasan saya “alaa . . perempuan kan tempatnya di rumah/bilik . . jadi, tu la saya nda pegi . . pesan jak Tupperware dekat kawan-kawan nanti . . nda pun pesan dekat budak yang lalu depan bilik ni kaa, yang mau pegi dewan makan tu . . afdhol kannn . . [sambil tersengih-sengih]” oke. Jangan ikut tu . . saya nda ajar yang tu oke! Buka apa la . . sebenarnya malas la mau keluar pegi dewan tu . . jauhh ..  then, kalau keluar kan kena pakai stoking lagi . . mengambil masa yang agak lama untuk bersiap . . lepas tu, kalau kami kann, campur . . kalau pegi makan tu, even sudah diaturkan masa untuk puteri time gini gini, untuk putera time gitu . . tapi still, orang nda ikut peraturan . . time puteri punya turn makan, adaa jugak tu putera yang makan time tu . . aisshh . . membuatkan saya malas untuk menjejakkan kaki ke dewan makan . . tapi, “sebenarnya teda alasan bah tu . . tu la kau ni kurus jak . . nda pandai la kuat makan baa “ - bak kata abah , juga kata kawan-kawan saya . . hehe. Sudah ketentuan~~

Oke. . cerita pasal surau balik . . siapa-siapa pun yang dapat tugas untuk ‘jaga surau’ ni memang tekanan gila-gila la . . sebab asyik mau sound jak kerja dia . . yala, nama jak la surau . . tapi bagi kebanyakkan student, time di surau tu la tempat yang best untuk becerita . . lagi-lagi masa menunggu masuk waktu tu . . “uishh. .  anu bah . . ihh, nanti la time di surau kita cerita  aa . .[sambil ketawa-ketawa-senyum-sengih-]” nah, sudah di surau nda pandai sabar lagi menunggu cerita si kawan . . sampai time solat tu kadang-kadang bila imam lambat habis, sempat lagi mau komen-komen . . cakap imam tu slow la, apa la . . padahal surah pendek jak pun yang imam baca tu. .  haiihh . . tu la yang selalu jadi kan . . saya pun nda terlepas dari keadaan tu  . . sometimes~ J

Bukan apa la . . sebab kami kan lepas solat fardhu, solat sunat rawatib lagi . . then, solat sunat hajat/taubat . . lepas tu ada aktiviti surau . . contohnya macam tadarus al-quran, baca al-ma’thurat, baca yasin setiap malam jumaat n so on . . ouh, kalau masa form 2 form 3 dulu, ada tamrinnatud dakwah lagi . . best! J em, kalau tiada announcement bagitau tentang aktiviti surau malam tu, buat kerja sendiri-sendiri la. . ada yang belajar la, buat nota la . . kalau kami, means saya dan kawan-kawan, kami baca al-quran . . haa . . kalau nda baca al-quran, baru kami bercerita . . so, mau cakap sini, sebab adanya solat fardhu, solat-solat sunat semua tu, baca al-quran lagi, dan aktiviti surau tu, kami kepadatan masa untuk bercerita panjang lebar . . em, Alhamdulillah, kawan-kawan saya kebanyakkannya macam tu . . walaupun kadang-kadang tu kami pun sama macam student lain [part becerita di surau] .

Oke. Balik pi topic asal . . Surau pun tempat kumpul budak-budak tu . . siap announced “puteri . . jangan jalan dulu . . tunggu kejap” bila putera sudah habis keluar, sana la habis-habis sound . . satu per satu kesalahan terungkai . . ceh, guna BM baku pula tau . . hihi. Suara agak lantang bila sound² tu, [terpaksa-sebab ramai orang komen nda dengar suara tu], then siap tunjuk muka serius a.k.a garang lagi . . bila habis cakap, terus keluar la tu . . then, kawan-kawan mesti tanya macam ni, “ kenapa kau? Nda kan nangis?” dan macam biasa, ni jawapan saya, “ih, nda bulih tau . . dari tadi tahan ketawa . . kesian pula tinguk muka budak-budak tu . . tapi biarla . . kalau ketawa, dorang anggap main-main pula kan . . haa . . teda kesian-kesian ni kali . .“ fuhh. . baru sekarang rasa best buat semua tu . . kalau dulu, asyik-asyik ni jak yang dicakap “ ishh . . bila la mau habis ni . .  bla bla bla . .” ouh, malaikat telah timbang amalan anda, wahai Amalina Nadzirah! -.-“

Sangat rindu mau bersekolah balik, duduk dalam kelas bagai . . dulu nda pula rasa macam ni kan . . tapi sekarang ni susah betul suda mau pegi sekolah balik . . nda kisah la di benoni kaa, di limauan . . setiap sekolah tu ada cerita tersendiri yang membuatkan saya rasa mau pegi melawat sana jak . . em, nda pa . . ada rezeki, pegi la lagi kan. . J

Monday, May 14, 2012

:: dah sampai seru ::

“apa??” pertanyaan sahabat-sahabat membuatkan aku semakin bingung . Fikiranku bercelaru . Tidak tahu apa yang harus ku lakukan .

“enta ni biar betul?? Ustaz kata macam tu kat enta? jadi, enta macam mana?” Tanya Aiman .

“enta rasa enta dah betul-betul bersedia ke?” Hakim pula meneruskan pertanyaan tanpa sempat ku jawab pertanyaan Aiman tadi .

“entah la. Ana bingung . Tak terfikir langsung tentang hal ni. Apa lagi ustaz sendiri yang suarakan. Ana.. ana bingung.” Luahku di hadapan sahabat-sahabatku ini. Aku tunduk melindungi wajah yang sememangnya resah gelisah.

“ana tak tahu nak kata apa. Cuma ana rasa mungkin Ustaz Fadhil dah fikirkan sesuatu yang lebih baik untuk enta dan Islam. Kalau tak, masakan ustaz membuat keputusan tersebut terlebih dahulu sebelum berbincang dengan enta.” kata Mahir Baihaqi pula.

“enta fikir la baik-baik ye. Enta kan dah besar. Dah boleh fikir sendiri dah pun. Yang penting, jangan lupa Allah. Kalau masih tak tenang, ‘jumpa’ la Allah. Dah tu, buka ‘surat cinta’ Allah. Macam yang enta buat selalu tuu.. Fahami. Hayati. Dan, mengadulah banyak-banyak kat Allah. Allah pasti ada jawapannya. ok..?” kata Fatah yang sedari tadi membisu, hanya memerhati tingkah laku dan perbualan antara kami.

Aku diam seribu bahasa. Nasihat dari mereka ku telan ‘hidup-hidup’. Ya. Aku sendiri bingung dan tidak tahu apa yang patut ku lakukan. Serta-merta ku teringat kejadian petang tadi.

+++++++

“ada apa hal ustaz nak jumpa ana? Nampak macam penting sangat ye.. “ tanyaku sambil tersenyum.

Ada apa agaknya ustaz nak jumpa aku ni sampai tak boleh tunggu hari lain. Ustaz sendiri sudah maklum jadualku pada hari ini sangat padat. Kuliah hari ini sahaja berakhir pada pukul 2 petang tadi. Seusai solat zohor, diteruskan pula dengan meeting untuk program terdekat yang dianjurkan oleh BADAR kolej di mana aku merupakan setiausaha bagi program berkenaan. Semasa meeting tadi, aku mendapat panggilan daripada Ustaz Fadhil untuk menemuinya di bilik pensyarah selepas solat asar. Kelam kabut jadinya kerana aku terpaksa mengejar masa untuk menyelesaikan kerja-kerjaku sebelum bertemu dengannya.

“Muhammad Furqan Mujahid!” tegas suara Ustaz Fadhil membuatkan ku merasa seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman.

“ana ada hal penting nak bincang dengan enta.” mendengarkan kata bicara Ustaz Fadhil yang kelihatannya agak serius tadi membuatkan aku berasa seram sejuk. ‘memang sangat mustahak perbincangan  kali ni. Berbeza sangat daripada sebelum-sebelum ni ’ -monologku dalam hati.

“enta kenal kan Aisyah Humairah binti Datuk Shahid, ketua Pelajar Islam Akhowat UPM?” Tanya Ustaz Fadhil kepadaku. Hatiku berdebar-debar mendengar nama yang baru disebutkan tadi. Seingatku Ustaz Fadhil tak pernah menyebut nama mana-mana akhowat sepanjang perkenalanku dengannya. Ya. ini kali pertama nama akhowat keluar daripada mulut Ustaz Fadhil. Aisyah Humairah? Ini mesti ada sesuatu yang nak disampaikannya!

“ye ustaz. Kenapa dengannya?”

“ana nak jodohkan dia dengan enta. enta nak tak jadi zauj kepada Aisyah Humairah binti Datuk Shahid?” hasrat hati terus dilontarkan tanpa berselindung.

Gulp! Apa aku nak kata ni? Terasa dadaku berdegup kencang, mukaku terasa panas, dudukku tak tenang umpama cacing kepanasan. Ya! Disebabkan itu aku terus rasa resah gelisah.

“err. Ustaz serius ke ni? Sebenarnya, ana tak terfikir lagi nak bernikah pada usia ni. masih terlalu banyak perkara yang perlu ana selesaikan.” Kataku tanpa berselindung.

“enta nak tunggu sampai bila lagi? sekarang ni umur enta dah cukup sesuai dah utk membina bait muslim. ana sendiri pun rasa enta ni dah cukup matang untuk fikirkan tentang hal ni. Tak kan enta nak tunggu sampai umur 30 baru nak fikir tentang ni? Masa tu baru terfikir nak melahirkan para mujahid mujahidah sedangkan Islam dari dulu lagi sangat memerlukan tentera-tentera Islam bangkit untuk menegakkan kebenaran. “ panjang lebar ceramah Ustaz Fadhil disertakan dengan ‘sindiran’ pedas di hujung ayat. Diriku terasa hatiku di panah dek kata-kata Ustaz sebentar tadi. Lantas aku terkaku diam di hadapannya.

“Ustaz, ana perlukan masa untuk buat keputusan tentang hal ni.” Jawabku pendek.

“baiklah. Ana nak jawapan sebelum 12 tengah hari esok.” Jawapan Ustaz Fadhil tadi membuatkan aku terasa seperti dipanah halilintar.

+++++++

12 tengah hari esok? Gila ke apa? Soal nikah ni bukannya boleh bawak main-main. Aku langsung tak terfikir pasal ni, tiba-tiba pula kena buat keputusan dalam masa yang singkat.

Aku rasa serabut sangat dek kerja yang bertimbun, ditambah pula dengan ujian yang baru ku dapat ini. Ujian? Huh! Aku sendiri tidak tahu apa ini satu ujian buatku ataupun bukan. Aduh! Siapa aku untuk menolak setiap perkara yang datang kepadaku? Semua itu kan dari Allah, namun disampaikan melalui perantaraan manusia. 
Aku cuma perlu redha dengan semuanya dan perlu segera mencari kekuatan untuk berhadapan dengannya. Tabahlah wahai diri yang lemah!

Ku termangu sendiri. Aisyah Humairah?? Aku tak layak buat’nya’. Dia; wanita yang sangat pintar lagi hebat. Solehah orangnya. Masakan hendak memilih lelaki sepertiku yang sepertinya tidak punya apa-apa. Aku.. aku langsung takde hati kat dia! Dan dia.. dia bukan pilihan hatiku. Oh tidak! Aisyah Humairah tu takde dalam ‘LIST’ laa.. TAK ADE DALAM LIST!! Ya Allah, ya Allah.. bantulah hambaMu ini, ya Allah!

+++++++

Langkah diiring ke masjid dengan keadaanku yang sememangnya sudah sedia berwudhu. Tatkala menunggu azan maghrib berkumandang, seperti kebiasaannya aku membaca al-ma’thurat dan seterusnya membaca al-quran. Hatiku berasa tenang membaca ayat-ayat cinta dari Allah yang sungguh puitis bahasanya. Alangkah bertuahnya diri ini jika dapat bertemu dengan Pencipta sekelian alam, juga kekasihNya. Ah, siapa berusaha pasti kan dapat!

Selepas menunaikan solat fardhu maghrib dan solat sunat rawwatib, kebiasaannya aku akan menyambung amalan harianku dengan membaca al-quran lagi. Namun hari ini, ku teruskan dengan melakukan Solat Istikharah. Ku ingin mohon petunjuk dariNya agar aku tidak silap dalam membuat sebarang keputusan. Ku mohon agar setiap apa yang ku pilih itu merupakan pilihan terbaik buat diriku.

Seusai melakukan Solat Istikharah, hatiku berasa sungguh tenang. Tenang setenang-tenangnya. Apa ini suatu petanda, ya Allah? Aku kemudiannya berfikir sendiri akan apa yang harus ku pilih.. adakah harus ku terima ‘lamaran’ itu ataupun sebaliknya. Ku terpandang Al-quran di sisiku. Lantas ku ambil Ia dan ku buka. Tidak semena-mena mataku tertancap pada muka surat ke 34, di mana Allah telah berfirman:

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “

(surah Al-baqarah; 2 : ayat 216)

Subhanallah! Ayat-Mu ini terus meresap ke dalam jiwa. Apa ini petanda dari-Mu juga, ya Allah? Ku masih berfikir sendiri. Astaghfirullah Al-adzim. Ya Allah, ya Tuhanku.. Peliharalah diriku daripada bisikan syaitan yang selalu melemahkan hati hambaMu yang lemah ini!

+++++++

“enta yakin dengan jawapan enta? enta betul ke….. ”

“dah minta petunjuk dari Allah? Dah ready dah? Dan.. enta yakin enta tak kan menyesal dengan keputusan enta ni nanti?” Aiman pula terus memotong pertanyaan Hakim tanpa sempat Hakim menghabiskan butir bicaranya.

“ya. Insyaallah, ana yakin dengan pilihan yang Allah telah tetapkan buat ana. Dan melalui petunjuk Allah la ana dapat buat keputusan ni. “ jawabku sdikit kepada pertanyaan mereka yang bertibu-tubi ditujukan ke arahku.

“tapi dulu enta kata yang enta tak nak nikah sebelum habis study. Lebih banyak yang enta perlu selesaikan, disamping keadaan enta sendiri yang kurang mengizinkan untuk enta menikah awal.. enta pasti takkan menyesal memilih untuk menerima ‘lamaran’ daripada Ustaz Fadhil tu?” sekali lagi soalan yang sama ditanya!

“ya, ana tahu. Tapi bagi ana, perjuangan Islam lebih aula. Insyaallah, semua ni takkan sia-sia. Dan sapa tahu, mungkin, dengan menikah di usia ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan Islam.. kan.. insyaallah, ini pilihan yang ana yakini. Antum jangan bimbang. Semuanya berdasarkan petunjuk daripada Allah, walaupun ana buat keputusan ni dalam waktu yang sangat singkat. Pasal hal-hal lain tu, ana yakin Allah akan bantu. usaha daripada diri ana sendiri tu yang penting. Bila kita berkehendakkan sesuatu, dan kemudian kita usaha, Allah pasti beri yang terbaik buat kita,” kata ku panjang lebar dan diakhiri dengan senyuman lebar.

“baiklah. Kalau begitu kata enta, kami semua tumpang gembira. Mungkin ini lebih baik buat enta. kami di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan buat enta. kalau ada apa-apa masalah atau perlukan bantuan, kami sentiasa ada untuk enta, insyaallah.” kata mereka sekaligus mengakhiri perbualan pada malam itu. Alhamdulillah. Syukran ya Allah mengurniakan sahabiah seperti mereka..

Lantas jemariku pantas menghantar SMS kepada Ustaz Fadhil;

Aku   :  Assalamu’alaikum,ustz. bla ustz ada masa free esok? Ana nak jumpa ustz.

U. Fadhil   :  Wassalam. Ana free mula 9 pagi. Enta jmpa ana wktu tu di bilik ana. Ana tnggu ent kat sana.

Aku   :  thoyyib, ust.. insyaallah, kta jmpa esk.

+++++++

Pagi yang tenang, setenang hati yang sememangnya sudah yakin dengan keputusan yang telah dibuat. Kaki menghayun langkah ke bangunan bilik pensyarah.

Setibanya aku di sana, aku lantas menuju ke  bilik Ustaz Fadhil. Namun, diriku terkaku saat berada di hadapan pintu bilik Ustaz.  rasa hatiku sedikit bergetar walaupun hati yakin dengan keputusan yang dibuat.’ Ya Allah, tenangkanlah diri ini ya Allah. Ku berserah kepadaMu atas segalanya. Sungguh, aku tahu semua yang Engkau aturkan ini adalah yang terbaik buatku.’

Ku ketuk pintu bilik Ustaz. Kedengaran sayup suara memanggilku masuk ke dalam. Salam diberi, lantas diri dipersilakan duduk. aku masih diam seribu bahasa. –dalam hati, doa tak sudah-sudah. Ku angkat muka untuk memandang wajah ustaz sebelum memulakan bicara. Wajah serius Ustaz Fadhil membuatkan aku terasa seperti tiada hati nak bermuqaddimah panjang lebar, ber’hias bunga’. Tanpa berlengah, aku terus menyampaikan keputusan yang sudah ku putuskan.

“ana rasa ustaz sendiri dah maklum kedatangan ana. Ustaz, ana yakin dengan keputusan ana ini, dengan lafaz bismllah, ana terima hasrat ustaz untuk menjodohkan ana dengan Aisyah Humairah. ”

“Alhamdulillah, baguslah kalau begitu.” Jawab ustaz Fadhil, dimulai dengan ucapan tahmid.

“dari pihak ana, ana bersetuju. Namun dari pihak sebelah sana, ana serahkan sepenuhnya kepada ustaz ye.”

“yang itu enta jangan khuatir. Ana yang akan aturkan semuanya nanti.”

Jawapan yang diberikan membuatkan hati berasa tenang. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Hatiku berasa sedikit lega kerana tidak lagi menyimpan keputusan yang membuatkan aku resah gelisah dek masa yang sangat singkat diberikan untuk membuat keputusan atas sesuatu perkara yang cukup rumit bagiku.

+++++++

“Assalamu’alaikum ustazah. Kaif haluk?” tangan dihulur untuk bersalam- sebagai tanda hormat juga tanda ukhwah yang terjalin kerana Allah. Indahnya!

“wa’alaikumussalam ya Aisyah. Alhamdulillah, ana bikhair. Kaif haluk? Ana nampak enti ni semakin ceria je. Semakin sihat jugak. Gembira benar ye. Ada apa-apa ke? Dah ada yang datang melamar? “ jawab Ustazah Solehah disertai dengan gurauannya yang menambah ceriakan pertemuan pada petang itu.

“Alhamdulillah, ustazah. Apa pulak ustazah ni. Orang datang melamar memang ada, tapi ana tak terima. Mereka melamar tak sesuai dengan masa. hehe. Takde apa la. Haa, ana ni gembira dengan kerja dakwah ustazah. memang macam tu la nampak gayanya- semakin ceria aje.” Jawab Aisyah Humairah sekaligus menenangkan hati Ustazah Solehah kala mendengarnya.

“Haa. Ada apa hal ustazah nak jumpa ana? Nampak mustahak benar sampai tak tertunggu hari esok..” tanpa berlengah, Aisyah terus bertanya Ustazah Solehah tentang hasratnya untuk bertemu, dan lihat saja ayat akhirnya. Aisyah -masih dalam mood bergurau.

“ha’ah. Ana ada benda yang nak disampaikan. Aisyah Humairah, ana datang ni sebenarnya membawa lamaran daripada Muhammad Furqan Mujahid. Enti kenal dia kan? Macam mana? Kalau ikut pandangan ana, ini dah kira masa yang sesuai untuk enti membina bait muslim. enti pun tak lama lagi dah nak grade kan. . dan ana sendiri nampak Furqan Mujahid tu elok benar agama dan akhlaknya. Sesuai dengan namanya, Mujahid.” Hasrat diluahkan dengan ‘isi’ yang cukup mantap.

Mendengar bait-bait kata daripada Ustazah Solehah membuatkan Aisyah Humairah tertunduk. ‘apa aku nak kata ni?’-dia bermonolog sendiri. Tunduk resah sambil menahan air mata daripada gugur ke bumi.

“Aisyah Humairah, enti okey tak ni? Kenapa ni? Tak suka ke?” pertanyaan lembut Ustazah Solehah setelah sedar perubahan mendadak Aisyah Humairah, tak seperti tadi.

“ana terkejut. Terkelu, ustazah. Tak tahu nak kata apa. Sebab ana tak sangka akan hal ni. Lagi-lagi ustazah sendiri yang sampaikan. Ana.. ana tak tahu.. “ rasa hati diluahkan dan tidak semena-mena air mata yang dari sedari tadi ditahan akhirnya melimpah jua. Sayu hati Ustazah Solehah mendengar jawapan itu, lantas berkata;

“enti yakin dengan Allah kan? Jangan bersedih hati. Ana cuma sampaikan, tapi enti yang akan buat keputusan nanti. Ana tak minta jawapannya sekarang. Ana nak enti fikir la baik-baik akan lamaran ni. Kalau tak nak, tak pe.. takde siapa yang boleh paksa enti. Cuma ana nak pesan, setiap keputusan yang enti buat tu biarlah berpandukan petunjuk dari Allah. DIA tahu apa yang terbaik buat enti dan orang lain.” Tenang hati tatkala mendengar pujukan daripada Ustazah Solehah.

“syukran ya ustazah. Beri ana seminggu untuk buat keputusan ni. Sebab ana kena sampaikan hal ni kat ummi dan abah juga. Nanti ana jumpa ustazah bila dah ada jawapannya.”

“baiklah. Ambik la sebanyak mana masa yang enti nak. Ana tunggu jawapannya. Ana harap enti dapat buat jawapan dengan hati yang tenang. Setenang orangnya, juga setenang hatinya.” Jawab ustazah Solehah yang sememangnya dapat memujuk hati yang tadi resah tak terkata.

Tak lama kemudian, pertemuan berakhir setelah ustazah Solehah meminta diri untuk pulang. Namun, Aisyah Humairah masih di sana, dengan perasaannya yang bercampur-baur. ‘jodoh aku dah sampai ke? Ya Allah! Sukarnya hati nak terima saat hati dah terpaut pada yang lain, tapi lain pula yang datang. Muhammad Furqan Mujahid, enta pula rupanya. Huh! Tak pernah terlintas di fikiran dijodohkan dengannya. Yang takde dalam ‘LIST’ pula yang ter-‘cabut undi’ ye. ’ Dia- sekali lagi bermonolog panjang lebar dalam hati.

‘Allah Allah Allah! Berikan aku petunjuk ya Allah. Ku mohon padaMu, biar segalanya berdiri atas petunjuk dariMu. Sungguh, engkau Maha Mengetahui apa yang Kami tidak ketahui.’ Doa Aisyah Humairah tak lekang dari bibir.

+++++++

Seminggu berlalu..

“assalamu’alaikum ya Aisyah. Apa khabar? Sihat? Haa.. macam mana? Dah dapat jawapan?” seperti kebiasaannya, salam diberi selepas bersalaman. Namun kali ini diiringi soalan bertubi-tubi.

“wa’alaikumussalam ustazah. Alhamdulillah, macam yang ustazah nampak sekarang ni, ana sihat je. Kali ni straight to the point nampaknya. Ustazah nampak tak sabar dah nak dengar jawapan ana ni.” Jawab Aisyah Humairah tanpa berbasi-basi.

“Ustazah, ana dah istikharah. Selepas berbincang dengan ummi dan abah, juga selepas minta petunjuk daripada Allah, ana dah dapat jawapannya. Dan ana yakin dengan apa yang ana putuskan ni. Bimillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ana terima lamaran Muhammad Furqan Mujahid tanpa sebarang syarat.” Ucapnya tenang namun air mata tetap mengalir jatuh 
menyimbah bumi.

“Alhamdulillah. Ana yakin enti akan dapat yang terbaik buat enti. Moga Allah redha. Tahniah ya Aisyah.” Keputusan yang dibuat Aisyah Humairah membuatkan Ustazah Solehah berasa begitu terharu dan gembira. Air matanya juga turut mengalir sambil memeluk erat Aisyah Humairah.

+++++++

bertempatkan di majlid Al-iman, iaitu masjid kolej kediaman 12, selepas waktu asar. Pertemuan diatur antara keduanya. Hati cukup rasa berdebar kerana ini merupakan kali pertama. Ya, kali pertama ! Langkah diatur menuju ke tempat yang dijanjikan. Walaupun bertemankan Ustaz Fadhil dan Ustazah Solehah, namun hati gusar tak sudah-sudah.

Buat kali pertama aku bercakap dengannya. Berdiri di balik tabir, tanpa melihat wajahnya, hatiku bergetar. Wanita ini lah yang Allah takdirkan untuk hidup bersamaku. Ku pujuk hati untuk menerima segalanya dengan redha.

Tiba-tiba..

Telingaku terdengar suara kecil tangisan seorang wanita. Ya allah! Diakah? Kenapa dia menangis? Adakah dia juga sepertiku? ‘Bersabarlah duhai hati. Terima ketentuan Ilahi. Kita sama-sama pejuang agama Allah, ini percaturan hidup yang Allah tentukan buat kita.’ Pujukku untuknya, juga buat diriku. Namun tersimpan kemas kata-kata itu di dalam hati.

Sedikit bicara yang terluah, sedikit perbincangan dilakukan berkenaan majlis yang bakal berlansung. Sebelum ini hanya berbincang dengan Ustaz dan Ustazah, kali ini pula berbincang dengannya atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya. Ya, kali ini sahaja.

+++++++

Pernikahan berlangsung dengan lancar. Hanya dengan sekali lafaz, dia; Aisyah Humairah sah menjadi bidadari dunia buat diriku. Al-quran sebagai hantaran. Wang hantaran pula sebanyak Rm 5 000 tunai. Diriku yang serba kekurangan ini tidak mampu untuk memberikan sepenuhnya wang hantaran yang kukira sangat besar jumlahnya. Namun, isteriku yang telah membantuku melengkapkan jumlah wang hantaran itu. Ya, mengeluarkan wang untuk ‘bakal suami’ atas suatu urusan yang harus dipercepatkan itu adalah lebih afdhal berbanding mengeluarkan sejumlah wang untuk sesuatu yang sia-sia. Alhamdulillah, aku dikurniakan isteri yang solehah. Urusanku dipermudahkan. Ku yakin dengan kata-kata Allah;

“dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki) ? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” 
[surah Az-zumar ; 52]

“dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat.” 
[surah Asy-syura ; 27]

Majlis pernikahan kami cukup simple. Menunaikan yang wajib sahaja, berlandaskan syariat. Yang hanya menjadi ‘adat’, kami cuba hindarkan. Tidak seperti orang lain, ‘hari’ kami hanya akad nikah yang ada, kemudian jamuan makan. Tidak ada malam berinai, mahupun persandingan. 

Kami orang pertama yang melakukan seperti begitu. Ummi dan abah isteriku cuba memahami, namun salah seorang saudara isteriku yang berpangkat ‘nenek’ tak dapat terima ‘benda baru’ yang kami bawa. Katanya ‘melanggar adat’. Terlalu marah agaknya sehinggakan tidak menghadiri majlis pernikahan kami. Bak kata orang, seperti ‘putus saudara’. Untuk satu tempoh masa yang lama, kami dilayan seperti ‘musuh’. Hanya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati. 

Aku bersyukur kerana aku ‘pembuka jalan’. Selepas aku, sudah ramai orang kampung yang mengikutiku; majlis akad nikah tanpa persandingan. Alhamdulillah, Allah beri kesedaran buat yang lain juga.

+++++++

Masih teringat satu peristiwa pada hari pertama selepas aku sah bergelar suami orang. Selepas melayan tetamu, setelah aku berasa agak kepenatan, aku kembali ke bilikku untuk beristirahat. Tombol pintu ku pulas, lalu pintu bilik terbuka. Aku masuk ke dalam. Terkejut diriku melihat apa yang ada di dalam bilik itu. Terkaku. Tak terkata apa-apa. Lantas aku segera keluar untuk menenangkan hatiku. istighfar berulang kali diucapkan.

‘bilik aku ke ni? Ke aku salah masuk bilik?’ persoalan timbul di benak fikiran.

Kebetulan pak cik isteriku lalu di depan bilik itu. Dia bertanya, “kenapa?” aku segera bertanya kepadanya.

“pak cik, bilik saya mana ye?”

“yang kat belakang kamu tu, haa pintu bilik kamu la tu.”

“betul ke yang ni bilik saya pak cik? Oh, terima kasih ye.”

Berdebar rasa hatiku. Ku masuk sekali lagi. ya, masih ada! Ku perhatikan betul-betul, tiba-tiba..

Ya Allah! Isteri aku la ni. Boleh pula aku tak kenal isteri sendiri. Alhamdulillah! Kau pelihara diri kami sebelum ini, sekarang kau berikan pula ‘hasil’nya. Sungguh indah ya Allah! Isteriku yang sentiasa bertudung, membuatkan aku tidak mengenali dirinya apabila tidak bertudung. Kali pertama melihatnya, ku ingat orang lain ‘tersalah’ masuk ke dalam bilik kami. Hati tak putus-putus beristighfar. Rupa-rupanya isteriku sendiri yang ku ingat ‘orang lain’ itu! Sungguh, terjaga auratnya, terjaga peribadinya, hanya suaminya sahaja yang halal melihatnya. Subhanallah, alhamdulillah, allahu akhbar!

+++++++

Kini..

lahirlah generasi baru sebagai penyambung keturunanku. Dikurniakan 8 orang anak bukanlah sesuatu yang susah, tetapi bukanlah mudah untuk mendidik mereka untuk menjadi seperti kami. hendak membentuk peribadi mereka, memupuk kefahaman tentang islam itu sendiri agak susah. Kerana setiap anak itu berbeza. Masing-masing ada ‘fikrah’ sendiri. Penerimaan setiap dari mereka juga berbeza. Memang memerlukan kesabaran yang agak tinggi.

Matlamat kami; melahirkan para mujahid mujahidah untuk sama-sama berjuang menegakkan ad-din. Mereka 
yang akan menjadi penyambung generasi, malah akan menjadi jundullah kelak. Untuk itu, kami berusaha sepenuh hati agar setiap dari kami masuk ke syurga Allah tanpa ada yang terkecuali. Insyaallah.

Siapa sangka orang yang tak ter-masuk dalam ‘list’ tu la yang jadi zauj/zaujah kita . . Bila Allah kata kun fayakun, maka jadilah! Dan siapa kata kita takkan bahagia bila dapat pasangan yang bukan dalam ‘list’ tu? Asal kerana-Nya, pasti akan jadi INDAH belaka . . cinta itu kalau bukan sekarang, pasti akan datang nanti . . asal redho yang dicari, pasti kebahagiaan menanti. . kebahagiaan itu, kalau kita menginginkannya, pasti akan terjadi. . biar segalanya berpandukan syariatNya, kerana jannah itu yang menjadi ‘destinasi’!

-tamat-

love note : cerita ini bukan cerita saya . tapi bila baca, rasa macam . . macam . . macam indah ja kan?? oh, pastinya! sudah tentu la. . :) pesan pada diri, sentiasa men-solehahkan dirimu . . Allah tahu apa yang terbaik buatmu . . ^_^

Friday, May 11, 2012

:: rindu | ukhwah ::

Bismillahirrahmanirrahim. . Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. .

Alhamdulillah . . Alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah :) *berfikir sejenak untuk ayat yang seterusnya* oke. hari ini . hari ini, , saya mau luah 'perasaan' yang saya rasakan sekarang ni, boleh? boleh? rasa hati yang nda tertahan rasanya, membuatkan saya rasa mau share with each and every one of you .

rasa berterima kasih . first, say Thank you to ALLAH .  Alhamdulillah! kerana Allah, saya 'hidup' hingga kini . kerana Allah, saya ada apa yang saya ada sekarang . kerana Allah, hidup saya teratur indah . kerana Allah, saya masih mampu bertahan atas setiap dugaan . dan kerana Allah, saya hidup dalam 'perjuangan' .

الله ربنا ..!

say Thank you to PARENTS . Alhamdulillah! ayah dan mama . . terima kasih atas didikan yang cukup sempurna . terima kasih atas kehidupan yang dibawa . susah dan senangnya, KAMI semua terima . biar kurang berharta, tapi tidak kurang kasih sayangnya . semua KAMI merasa . tidak mewah, tapi cukup sempurna . . atas semua yang diberi, jadilah KAMI seperti sekarang . terima kasih terima KAMI apa adanya . kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah tiada tolak bandingan .

  ayah mama

say Thank you to Asyiqqooiiee wa usroti [أشقائي و أسرتي] . ouh, maksudnya adik-beradik dan keluarga . Alhamdulillah! terima kasih atas pertolongan selama ni . terima kasih atas pemberian² . segala harta, coklat, biskut, makanan, minuman, hadiah bagai tu, terima kasih diucapkan . eh, halal digunakan nda? oppss . . sudah ter-guna pula . . hehe. terima kasih atas kesabaran dan ketabahan berhadapan dengan adik/kakak kamu yang sangat 'berbisa' ni .  along, angah, kak yani, kak ika, abang, adik, azie . . sayang semuanya :)

say Thank you to friend-bestfriend-bestfriends-akhowat . . Alhamdulillah . buat semuanya, terima kasih atas keberadaan kamu yang sentiasa 'di sisi' saya . . jauh di mata, dekat di hati kan?? :) terima kasih atas kesabaran, ketabahan dan kesetiaan atas nama PERSAHABATAN ini . . yang baru dikenal, mahupun yang sudah lama bertahun-tahun, terima kasih menerima diri ini seadanya . . buat yang pernah bergaduh, berselisih faham tu, terima kasih diucapkan. . lagi-lagi yang 'dahsyat²' tu. . terima kasih sebab setiap apa yang berlaku tu memberi pengajaran buat saya sekaligus mematangkan diri ini. . terima kasih sekali lagi . .

former 5is . . *jojie is our captain*
akhowat Majmu'ah 5 . .

last . . say Thank you buat yang sentiasa jauh dari saya tapi tetap setia mendengar cerita dari saya . . Alhamdulillah! terima kasih . adanya kamu yang sentiasa follow up saya . . adanya kamu yang sentiasa ada untuk saya . adanya kamu yang sentiasa beri kata semangat buat saya . saat jatuhnya saya, kamu setia di sisi . adanya kamu membuatkan saya semakin rajin 'update story' . terkadang kita gaduh . . tersalah faham sikit . haa . kamu la tu . . selalu salah faham dengan saya . eh, bukan ka? hehe. sorry .  kadang² tu saya rasa, hm . . kesian kamu kan . . terpaksa berhadapan dengan saya yang lagaknya susah betul mau mengalah . . dan saya ; selalu - tiba² jak senyap, selalu tinggalkan kamu . ya! kesian kamu . . tapi kan . . tapi,, best apa gaduh . . pengalaman bah tu . . :P terima kasih ya! kamu - the best person i ever had, selepas Allah dan ayah mama . :) maaf sebab kadang-kadang tu nda hantar apa berita pun . tapi, saya yakin DIA sentiasa ada dengan kamu . bestfriend kamu yang lagi satu pun ada kan? so, there are no worries for me then . ouh, thanks for being my besfriend . :) [saya nda sebut nama kamu ya . sebab kamu dan kamu itu terlalu ramai] 

buat kamu ; you are the best!

jujur, saya rindu semua yang pernah berhubung dengan saya . in the other words, yang berukhwah dengan saya . saya rindu . bila lagi kita akan berjumpa? yang nda pernah jumpa tu, bila masanya? Allah! pasti akan jumpa nanti kan . . kalau nda di dunia, insyaallah, di SYURGA - our destination . yala . . mungkin esok, mungkin lusa, atau . . mungkin sekejap lagi Allah jemput kita? wallahu'alam .  moga-moga mati dalam iman dan islam, juga berkeadaan baik . insyaallah, Allahumma Aamiin . . eh, eh . . cakap pasal maut . , sudah solat atau belum ? kalau belum, tunaikan . . oke . . :)

ukhuwah kerana Allah itu indah . . sangat indah! di mana pun kita berada, dia dan mereka ndakan luput dari ingatan . walau nda nampak depan-depan, tapi doa tetap disampaikan . . doa kan yang lebih penting? haa . . kalau nda pecaya indahnya ukhwah fillah tu, cuba la try . . sayang seseorang kerana Allah . . pasti hati kan tenang . . wahai diri ini, tetapkan selalu --> ukhwah itu biar berpandukan ALLAH . . pasti tercapainya mardhatillah itu . . insyaallah . :) *pesanan buat diri yang selalu alpa tentang niat*

ehem . agak skema ayat saya kali ni ya . . hehe . insyaallah, ada masa kita update lagi ya .  moga Allah redha . 

*saya rindu KAWAN saya, saya rindu AKHOWAT juga . . moga diberkati dan diredhoi Allah selalu .

p/s : ouh, 'kamu' - yang saya sedang ber-perang dinginnya . . exam kan? gud luck oke . bittaufiq wannajah . jawab bebaik . moga dipermudahkan . 

Tuesday, May 8, 2012

:: SUSU?? ermm . . ::

Bismillah.. Alhamdulillah..

Hari ini saya nak kongsi satu lagi amalan sunnah yang Rasulullah amalkan ketika baginda meneguk segelas susu.
Siapa suka susu? SAYA!!!

Rasulullah apabila selesai menikmati segelas susu.. baginda akan berkumur-kumur atau membilas mulut dengan air.. Ini menurut banginda susu tersebut mengandugi lemak..

Nah senang bukan.. yela.. cuba perhatikan.. jika kita minum susu sebelum tido,, then tak gosok gigi atau bilas mulut kita.. apa yang akan anda bau esok harinya .. hehehehe ....erm.. hehehe

Kat sini juga saya sertakan khasiat meminum susu !!!

SAYA tahu ramai di antara kita yang kurang gemar meminum susu. Tidak kiralah susu apa sekalipun. Antara alasan yang mereka berikan hanyir, loya dan berbau. Mungkin secara semulajadi selera mereka tidak boleh menerima susu ini. Kita tidak boleh juga menyalahkan mereka, namun elok juga kiranya jika kita dapat melihat kelebihan yang terdapat di dalam susu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memaksa diri apabila membacanya.

Memang diakui susu lembu tidaklah sebaik dan sebagus susu kambing. Tetapi ia juga tidak kurang khasiatnya. Satu lagi, susu lembu juga sama sekali tidak boleh menggantikan kebaikan dan keunggulan yang dipunyai oleh susu ibu. Tiada yang sebaik susu ibu di dunia dan akhirat. Bukan sahaja memiliki segala zat yang diperlukan untuk tumbesaran tetapi juga menyalurkan naluri dan kemausiaan yang tidak ada pada apa jua susu gantian yang lain.

Setelah menyimpan itu ke dalam minda, ayuh kita baca senarai pendek kebaikan susu lembu..

Pertama. Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).

Kedua. Selain kebaikan kalsium di atas, ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS (Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.

Ketiga. Kalsium berguna dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa yang bermasalah terutama lebihan lemak di bahagian perut.

Keempat. Kewujudan kalsium di dalam susu lembu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Dengan demikian oa mampu menurunkan hormon paratiroid. Ini seterusnya akan mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.

Kelima. Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.

Keenam. Susu lembu juga mengandungi protien berkualiti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi kepentingannya bagi tubuh.

Ketujuh. Susu lembu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout (merupakan penyebab artritis).

Kelapan. Antara lain kandungan susu lembu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.

Kesembilan. Kebaikan susu lembu yang terakhir ialah ia mengandungi Vitamin B12, yang mana berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.

Nota* Harus diingat, ada sesetengah orang yang alah kepada kandungan laktosa di dalam susu lembu. Ia biasanya menyebabkan cirit birit selepas meminum susu lembu. Tapi tidaklah ramai jumlahnya..

love note : 100% copied from FB . . entri ini sesuai buat golongan BUKAN PENGGEMAR SUSU exclusively buat saya . .  lepas ni kena ubah cara hidup la nampaknya, part "nda suka minum susu" ni . . 

love note 2 : ini kebaikan yang terdapat dalam susu lembu. .  tapi, i prefer minum susu kambing than susu lembu - orang bilang la . sebab sememangnya terbukti bahawa khasiat susu kambing adalah 2 kali ganda LEBIH BAIK dari susu lembu . . . Orang-orang Barat am nya, orang-orang yahudi khususnya, sudah lama mengamalkan minum susu kambing . . . Kita hanya baca Al Quran, tapi mereka MENGKAJI Al Quran . . 

haa . . lagi satu . . ni perkongsian dari sorang ukhti kita :
Sekadar nak berkongsi apa yang saya tahu,  
1.Rasulullah yang kita semua cintai memang menggemari susu kambing.
2. Dato' Fadillah Kamsah dalam ceramahnya memang menyarankan kita amalkan minum susu kambing dari susu lembu kerana mengikut katanya untuk mengikut sunnah Rasulullah. 
3. Para pesakit kanser kebanyakkannya telah dinasihatkan agar tidak mengambil daging dan susu lembu tetapi bukan susu kambing. (saudara saya pengidap kanser) 
4. Orang Islam dinegara Arab kebanyakkannya mengamalkan minum susu kambing.(termasuk Islam di Pakistan bukan Hindu di India yang mengamalkan susu lembu) 
5. Sebenarnya daging lembu lebih panas dari daging kambing. (ikut perubatan traditional)
6.Rasa susu kambing lebih enak.(subjektif)

wallahu'alam. . Allah Maha Mengetahui . wassalam :)